Gallery

Tips Untuk Kulit Bebas Jerawat, Jeragat dan Parut Jerawat

Tips Untuk Kulit Bebas Jerawat, Jeragat dan Parut Jerawat


Jerawat naik di muka haru-biru rasa hidup…Muka berminyak teruk dah moody sehari.
Saya pernah guna BANYAK produk : Safi ; Neutrogena Deep Clean ; Tanaka White ; Garnier ; Nano White. Banyak sangat sampai dah tak ingat

Dulu memang mind set andai nak kulit cantik hanya dengan menggunakan pencuci muka & krim muka sesuai . Sebenarnya tidak. Sebenarnya selain menggunakan krim & pencuci muka, pengambilan supplement dan amalan makanan yang betul sangat membantu.

Hati-hati dalam memilih produk kecantikan..cuba check produk  kecantikan yang anda guna adakah mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

kulit cantik dan sihat

Semua orang mahu kelihatan cantik. Namun adakalanya faktor permakanan, cara hidup tidak sihat , tekanan kerja , ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kulit tidak sihat.

HATI –HATI dalam memilih produk menghilangkan jeragat, kerana kebanyakan di pasaran menghakis kulit muka, kesannya kulit muka menjadi merah , menggelupas, melecur.
Bila bab kecantikan ni sebenarnya ini naluri dan fitrah…bohonglah kalau ada di mana-mana tak kisah..tak pe la tak cantik…sebenarnya frust..

Semua orang concern bab kecantikan & penampilan diri. Saya yakin sekarang makin ramai jatuh suka dengan SET SKIN CARE SHAKLEE {vita E complex + B complex + ESP }

Ni CADANGAN Set Kecantikan Kulit


Pengambilan vitamin yang membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik:

VITAMIN B COMPLEX: ianya penting dalam kestabilan hormone kita. Kekurangan B-Complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody. Bila kita dalam keadaan hormone yang tidak stabil, jerawat akan mudah keluar di muka.

Baca: Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee, Ramai Tak Tahu

VITAMIN C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai di kalangan kita sibuk ambil kolagen, sebenarnya hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Baca: 3 Tips Cara Pilih Vitamin C Yang Terbaik
Baca: Vitamin C Untuk Kesuburan 

VITAMIN E : ianya terkenal sebagai vitamin awet muda kerana ia membantu melambatkan proses penuaan dan antioksidan. Selain itu vitamin juga dikatakan membantu keseimbangan hormone dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Ia juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangant membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Baca: Vitamin E Untuk Kulit SIhat, Awet Muda dan Cantik

PROTEIN : sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam- kulit mati akibat  jerawat. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sagat sukar dihilangkan kerana tidak mendapat protein yang cukup dalam membantu penghasilan sel baru. Bagi yang ingin dapatkan kulit yang cantik, maka anda perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik. Saya sendiri memilih ESP sebagai sumber protein harian saya.

Baca: 7 Tips Pemilihan Sumber Protein Yang Terbaik. Wajib Baca Dulu

AIR: air sangat penting dalam pengaliran darah, penyerapam semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. Kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan parut hitam jerawat… boleh amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin yang dinyatakan di atas atau boleh amalkan pengambilan supplement jika mampu. 

Saya sendiri pilih pengambilan supplement, kerana saya sedar saya tak dapat amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin yang dinyatakan. Tidak salah andai peruntukkan sedikit wang untuk kecantikan diri. 

Sebenarnya dengan pengambilan supplement seperti cadangan di atas bukan dapat cantik untuk muka sahaja malah menyihatkan tubuh badan kerana badan dibekalkan dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Bila badan sihat muka pun ceria.

Sebenarnya dengan banyak senyum muka dah cantik dan awet muda lagi. Tapi kalau dah sakit , muka memang tak ceria dah.

Bahijah Marzuki
Your Shaklee Independent Distributor
SID1034684

Facebook: Nur Bahijah Marzuki
Emel: masterbahijah@gmail.com
SMS/ whatsap : 014-8281356

Pengedar Shaklee Nilai, Sepang, Bangi, Kajang dan Putrajaya
Tips Untuk Kulit Bebas Jerawat, Jeragat dan Parut Jerawat Tips Untuk Kulit Bebas Jerawat, Jeragat dan Parut Jerawat Reviewed by bahijah on 3:36 PM Rating: 5

No comments:

Social

Powered by Blogger.