VITAMIN SYUKUR
Sekadar Renungan Untuk Kita Semua
Alhamdulillah…SYUKUR
Kita sebut
ALHAMDULILLAH tapi kita MERUNGUT
Kita sebut
ALHAMDULILLAH tapi kita MENGUMPAT
makhluk Allah
Bersykurlah.. kerana sebenarnya Allah telah beri kita nikmat sebelum kita
BERSYUKUR
Adakah kita masih menyebut ALHAMDULILLAH di saat diuji dengan kesempitan kesakitan kemiskinan
Kita banyak mengingati & menghitung nikmat yang
Allah TIDAK kurniakan kepada kita.
Kita LUPA menghitung segala nikmat yang Allah
berikan kepada kita
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai amanah menguruskan
rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
Ya Allah letakkanlah AKHIRAT di hatiku..letakkanlah DUNIA di tanganku.
Kuatkan aku menjadi hamba yang bersyukur di saat aku diuji.
credit sharing : Surijunior
VITAMIN SYUKUR
Reviewed by bahijah
on
11:20 PM
Rating:
No comments: