Gallery

Boleh ke makan vitamin expired??

Assalamualaikum. Apa khabar semua?


Baru-baru ni dalam group kecoh mengenai  vitamin yang dipesan,sampai-sampai expired date dah dekat . Saya faham, masing-masing menyatakan kebimbangan tentang BOLEH KE NAK MAKAN VITAMIN YANG DAH LEPAS TARIKH LUPUT.

Mula-mula dulu pun saya macam tu.  Sebabnya kita bandingkan vitamin sama macam roti, biskut dan lain-lain makanan harian kita. Kita bimbang dan risau sebab takut ia tidak selamat, beracun atau menjadi toksik pada badan.


 ADAKAH VITAMIN YANG DAH TAMAT TEMPOH  BERACUN?

Vitamin yang telah tamat tempoh expired date  tidak membahayakan  seperti makanan biasa dan ia tidak menjadi racun atau toksin . FDA (Food And Drug Administration) tidak mewajibkan makanan tambahan mempunyai tarikh tamat tempoh, tetapi  syarikat-syarikat vitamin yang ternama  akan cuba menentukan bila makanan tambahan itu akan kehilangan potensi. Dengan cara ini para pengguna boleh mengamalkan , kita Ia tidak berbahaya pun jika kita mengambil vitamin yang  tamat tempoh, tetapi seperti yang dinyatakan , vitamin akan kehilangan potensi mereka.

 BAGAIMANA MENJAGA POTENSI VITAMIN
Jika tidak disimpan dengan betul, vitamin akan kehilangan potensinya lebih cepat. Terdedah kepada haba, cahaya dan udara boleh menyebabkan vitamin kehilangan potensi lebih cepat.

Oleh itu, sila pastikan anda menyimpan vitamin di dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk dan kering. Jangan biarkan vitamin terdedah kepada haba atau cahaya.  Sesetengah makanan tambahan memerlukan penyejukan atau penyimpanan khas yang lain, jadi sentiasa ikut arahan yang tertulis pada botol. ( contoh vivix perlu disimpan dalam peti ais). 

Elakkan meninggalkan vitamin di tempat panas contohnya seperti di dalam kereta , atas peti ais. Kerana ini akan mengurangkan potensi dan merosakkan vitamin terutamanya vitamin yang dalam bentuk kapsul.


 VITAMIN EXPIRED DATE TIDAK MEMBAHAYAKAN

Sebagai rumusan, sekiranya vitamin disimpan dengan cara yang betul (botol asal, tempat jauh daripada haba, cahaya dan udara- tidak tutup rapat ), vitamin  boleh tahan sehingga 4 atau 5 tahun berbanding 2 tahun walaupun cadangan konservatif adalah  bertahan 2 tahun.
Mengambil vitamin selepas tarikh tamat tempoh secara umumnya ia selamat. 

Satu-satunya perbezaan adalah mungkin ia akan kehilangan potensi dari masa ke semasa. Oleh itu, mengambil vitamin yang terlalu lama dari tarikh tamat tempoh, tidak  boleh memberikan anda hasil yang diingini daripada apa yang anda cuba untuk capai , kerana potensinya menurun.

Saya bersetuju dengan apa yang diterangkan oleh Master Laila di blognya www.elaila.net.  

Bagi saya, saya akan pastikan vitamin disimpan secara betul dan boleh  diambil sehingga 6 bulan expiry date dengan memastikan BAU, BENTUK atau TEKSTUR dan RASA vitamin tidak berubah.

Moga info dan penerangan ini beroleh manfaat untuk anda semua.
Kredit info untuk Master Laila atas perkongsian info ini.

Source: naturalwellness.com

Pengedar Sah Shaklee Nilai, Sepang, Seremban, Bangi
Bahijah - 0148281356

Boleh ke makan vitamin expired?? Boleh ke makan vitamin expired?? Reviewed by Nur Bahijah Marzuki on 9:00 AM Rating: 5

Social

Powered by Blogger.