Gallery

Basic H2 Selamat Dari Ammonia dan Toksin

Bagi kita, rumah adalah tempat yang paling selamat. Selamat dari penjenayah, risiko kemalangan, kecederaan dan lain-lain.

Namun kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kesihatan boleh terjejas walaupun berada di rumah. Ia mungkin hasil daripada faktor pemakanan, pengendalian bahan kimia dan lain-lain.

Di sini saya mahu kongsikan kepada semua yang sayangkan kesihatan dan keselamatan. Nak tahu lebih lanjut, jom kita sama-sama tambah maklumat.

JENIS PENCEMARAN MAKANAN

Bila berlaku pencemaran, kita perlu mengambil langkah yang drastik bergantung kepada jenis pencemaran. Yang terbaik adalah dengan kita mengelak dari berlaku pencemaran.

Pencemaran mempunyai beberapa jenis, antaranya ialah:

1) Pencemaran Fizikal: Pencemaran ini adalah berpunca daripada bahan-bahan berbentuk fizikal seperti kewujudan serpihan kaca dalam makanan

2) Pencemaran Mikrobiologi: Pencemaran ini berpunca daripada bakteria atau mikrob yang bertindakbalas di dalam makanan. Ia mungkin berpunca daripada kecuaian dalam kawalan suhu dan masa.

3) Pencemaran Kimia: Pencemaran ini adalah berpunca daripada kehadiran bahan kimia seperti logam berat (heavy metal), ammonia kesan bahan pencuci pinggan dan sebagainya.

Jadi, pencemaran boleh dielakkan daripada ia berlaku. Sekarang kita nak fokus kepada pencemaran kimia iaitu Ammonia. Nak tahu lebih lanjut, jom sama-sama baca


Klik untuk besarkan paparan

PETIKAN MAJALAH DEWAN KOSMIK NOV 1996______________________

KEBANYAKAN suri rumah menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat bagi ahli keluarga mereka. Tetapi apabila diperhati di sekeliling mereka mungkin barulah mereka sedar bahawa di dalam rumah terdapat pelbagai peralatan dan bahan-bahan kegunaan harian yang mungkin boleh membahayakan ahli keluarga. Bahan-bahan seperti serbuk pencuci, sabun, racun serangga dan sebagainya antara bahan yang boleh mendatangkan padah kepada ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Pada dasarnya bahan-bahan ini tidak akan memudaratkan jika digunakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.


Banyak kejadian keracunan bahan tersebut terutamanya yang membabitkan kanak-kanak berpunca daripada penyimpanan di tempat yang tidak sesuai ataupun akibat kecuaian ibu-bapa. Keracunan mungkin juga berpunca daripada sikap sambil lewa ahli rumah yang menganggap bahan-bahan tersebut tidak merbahaya tanpa mengetahui apakah bahan aktif yang terkandung di dalamnya. 


Satu kajian mengenai kes keracunan yang telah dilaporkan di hospital mendapati satu pertiga kes keracunan berpunca daripada terminum ataupun termakan bahan sediaan yang terdapat di rumah. Lebih membimbangkan lagi 90% kes keracunan ini melibatkan kanak-kanak berumur di antara satu hingga sebelas tahun. Daripada jumlah ini lebih kurang 80% daripadanya adalah kanak-kanak yang berumur kurang dari enam tahun. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa sebahagian besar kejadian keracunan di rumah berlaku di tiga tempat utama iaitu dapur 50%, bilik air 20% dan bilik tidur 10%. 


Kejadian keracunan seolah-olah sengaja dibenarkan berlaku, sedangkan sebahagian besar kes ini boleh dielakkan jika langkah-langkah pengawasan yang sepatutnya diambilkira. Orang ramai perlu sedar bahawa keracunan yang berlaku di rumah bukanlah semata-mata kemalangan. Oleh sebab itu orang ramai perlu diberi kesedaran mengenai bahaya bahan kimia yang sering dikaitkan dengan kes keracunan yang berlaku di rumah dan cara-cara mengendalikan kejadian keracunan bahan tersebut agar mangsa dapat diselamatkan dengan segera. 
 
kesan toksin 

Bahan-bahan sediaan kimia yang dikenal pasti boleh menyebabkan keracunan yang teruk terbahagi kepada beberapa jenis yang utama iaitu : 
1. Sabun dan bahan pencuci
2. Racun tikus (Rodentisid)
3. Hydrocarbon seperti minyak tanah
4. Cat, varnis, pencair cat
5. Alat kosmetik
6. Racun makhluk perosak (insektisid)
7. Ubat gegat (naftalin)
8. Alat-alat lukisan


………………..  Di antara bahan pencuci di rumah yang mempunyai risiko keracunan teruk ialah bahan peluntur, bahan pencuci, cermin kereta, pembunuh kuman, pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik. 


Bahan peluntur dikenali sebagai egen menghakis dan mengandungi bahan aktif natrium hipoklorit pada kepekatan 5%. Bahan ini tidak menunjukkan sifat terlalu beralkali dan mangsa yang terminum bahan ini kebiasaannya hanya perlu meminum segelas susu. Namun begitu keradangan mulut dan esofagus mungkin berlaku jika termakan dengan kuantiti yang banyak. Peluntur dalam bentuk serbuk mempunyai komposisi lebih pekat oleh itu keradangan yang lebih teruk akan berlaku jika termakan. Percampuran bahan peluntur dengan bahan-bahan pencuci lain boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. Bahan peluntur yang dicampurkan dengan bahan pencuci tandas yang berasid kuat akan menghasilkan klorin manakala campuran bahan peluntur dengan ammonia akan menghasilkan gas kloramin. Kedua-dua gas ini amat toksik pada selaput mukosa terutamanya pada saluran pernafasan. 


Bahan pencuci cermin kereta mengandungi metil alkohol (metanol) pada kepekatan tinggi. Bahan ini berupaya membersih dan menghalang pembekuan. Metanol dimetabolismakan kepada metabolit toksik yang boleh mengakibatkan kerosakan sistemik serius. Mata boleh menjadi buta dengan hanya meminum lima hingga sepuluh mililiter bahan ini. 


Pembunuh kuman biasanya mengandungi bahan kimia fenol manakala pencuci longkang dan ketuhar adalah bahan berbes yang terdiri dari ammonia pada kepekatan melebihi 10% dan hidrogen peroksida atau natrium peroksida. Pencuci tandas biasanya mengandungi bahan aktif berasid yang menghakis. 


Pencuci kerak cerek air dan pencuci pinggan mangkuk automatik pula mengandungi bahan kimia yang sama dan boleh mengakibatkan kesan radang kepada mangsa. Pencuci mesin basuh juga boleh menyebabkan keracunan. Kebanyakan pencuci mesin basuh diketahui mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat yang boleh mengakibatkan keradangan yang teruk jika terkena mata.


Ammonia bukan sahaja membahayakan nyawa manusia melalui bahan peluntur, malah air melalui loji rawatan ini juga banyak kes dilaporkan tercemar dengan Ammonia. Kes yang pernah dilaporkan ialah apabila operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentikan sementara hari ini (25 Feb 2012), susulan paras Ammonia yang dikesan terlalu tinggi pada 7.0 PPM (Part Per Million) berbanding paras normal 1.5 PPM.

Jadi, antara langkah yang terbaik pilihlah bahan pencuci yang selamat, berkesan dan mesra alam. Bukan sahaja yang berkesan melalui mulut orang, namun kita perlu mendapatkan bahan pencuci yang selamat dan mesra alam. Pilihannya adalah Basic H2. 

Penggunaan yang menjimatkan kerana kepekatan berganda - 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air. wow


Penggunaan selamat - Food Grade


testimoni: kredit vitamin2u.com


Jangan tunggu lama-lama. Utamakan keselamatan anda, keluarga dan alam sekitar

Hubungi Pn Nur Bahijah Marzuki
Pengedar Sah Shaklee
014-8281356 (whatsapp, SMS, call)
COD: Nilai, Bangi, Sepang, Putrajaya



Basic H2 Selamat Dari Ammonia dan Toksin Basic H2 Selamat Dari Ammonia dan Toksin Reviewed by bahijah on 10:40 AM Rating: 5

No comments:

Social

Powered by Blogger.