Gallery

Pemakanan Semasa Hamil



Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa hamil?
Tujuannya ialah :
·     Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat.
·     Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
·     Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan      penambahan berat badan yang bersesuaian semasa  hamil
#    Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18kg.
#  Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16kg.
#    Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11kg.
#    Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.


Semasa hamil, berapa banyakkah yang perlu saya makan?
  1. 7 hidangan nasi/bijiran atau roti
  2. 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
  3. 2 hidangan susu atau produk tenusu
  4. 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang
  5. 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari


Antara Makanan Yang Disarankan Untuk Diambil Semasa Hamil
Makanan yang disarankan untuk diambil semasa mengandung ialah Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. ESP adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. 







Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?

1. Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil
Trimester Kedua              
+ 360 kcal/hari
Trimester Ketiga               
+ 470 kcal/hari


Cadangan pengambilan nutrien semasa hamil

Trimester Kedua              
Trimester Ketiga               
Lemak(g/day)
54-82
57-85
Protein(g)
+ 7.5
+7.5
Kalsium(mg)
1000
1000
Zink(mg)
7.0
10.0
Selenium(µg)
27
29
Thiamine(mg)
1.4
1.4
Riboflavin(mg/day)
54-82
57-85
Niasin(mg NE)
+ 7.5
+7.5
Asid Folic(µg)
1000
1000
Vitamin C(mg)
7.0
10.0
Vitamin A(µg)
27
29
Vitamin D(µg)
1.4
1.4
Vitamin E(mg)
7.5
7.5
Source : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005

1.     Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :

  • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
  • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang   jenis kering (kacang peas)
  • Vitamin A (hati, susu, telur)
  • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
  • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
  • o    Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
2.     Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
1.     'Lactose intolerance'

  • Cuba produk susu yang mengandungi rendah laktosa.
  • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis).
  • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya.
  •  Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.

2.     Loya (Morning Sickness)

  • Makan pada waktu makan yang teratur.
  •  Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
  •  Minum banyak air.

3.     Sakit ulu hati (Heartburn)

  • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
  • Kunyah makanan dengan perlahan.
  • Elakkan berbaring sejurus selepas makan.

4.     Sembelit (Constipation)

  • Minum banyak air.
  • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran).
  • Sentiasa aktif.


Pengedar Sah Shaklee
Pn Nur Bahijah Marzuki
014-8281356 (SMS, whatsapp, call)
SID: 1034684




Pemakanan Semasa Hamil Pemakanan Semasa Hamil Reviewed by bahijah on 12:33 AM Rating: 5

No comments:

Social

Powered by Blogger.