Gallery

Kejang Kaki Ketika Kehamilan

Assalamualaikum kepada warga pembaca blog BahijahSihat. Untuk kali ni saya nak kongsi pasal kaki kejang ketika hamil.

Bukan niat bercerita sebab obses sangat sebab pregnant, tapi sekadar berkongsi ilmu semoga ini bermanfaat untuk anda semua .

Kalau zaman bujang-bujang pernah juga kejang-kejang kaki, tapi mungkin tak sekerap time pregnant. Biasanya kejang pun mungkin  disebabkan bersukan, berlari etc.

Time pregnant tengah baring malam-malam pun mudah kena, yang paling perit bila kejang kaki masa tidur.

Kaki Kejang Ketika Kehamilan

Saya terfikir dan tertanya-tanya  APAKAH YANG MENYEBABKAN KEKEJANGAN KAKI??

Rupa-rupanya kejang kaki merupakan masalah biasa yang dihadapi ketika trimester kedua dan ketiga. Semasa hamil seperti  jantung, buah pinggang dan sistem peredaran dalam badan kita bekerja dengan lebih kuat untuk membantu badan kita berfungsi dengan lebih normal.

Otot-otot badan kita pula menyokong pertumbuhan berat badan yang semakin meningkat dan ini akan memberi tekanan kepada  kaki. Akibatnya, otot-otot kaki kita akan keletihan akan menegang dan kejang sebagai tanda protes. Rasa sakit ini yang menyebabkan kita tersedar dari tidur pada waktu malam, rasa kejang ini tidaklah merosakkan otot betis kita.

Akan tetapi keletihan otot  bukanlah satu-satunya sebab kita mendapat kejang kaki.  Antara teori  dan sebab lain mengapa kekejangan kaki boleh berlaku  semasa hamil:

  • Kekurangan nutrient dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah . Kekurangan ini berlaku sebab bayi kita mengambil apa yang diperlukannya daripada badan kita.

  • Uterus (rahim) kita semakin membesar dan mengembang, ini akan  memberi tekanan kepada saraf-saraf yang mengunjur daripada badan ke kaki kita.

Salah satu cara  untuk atasi masalah kejang kaki, cukupkan pengambilan kalsium dalam nutrisi harian kita. 

Ibu mengandung perlukan 
1000mg -1300 mg Kalsium untuk sehari untuk pembentukkan tulang yang kuat dan gigi untuk bayi.

Keperluan kalsium  : 1,000 miligrams (mg) sehari. Sebelum, semasa dan selepas kehamilan (Info dari Kelas Nutrisi Shaklee Untuk Ibu Hamil)

Saya mencadangkan pengambilan Ostematrix Shaklee

Klik untuk besarkan paparan

Satu biji Ostematrix = 250 mg, cadangan pengambilan adalah 4 biji.. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji Ostematrix sehari pun mencukupi.


Semoga info ini bermanfaat untuk ibu hamil di luar sana. Doakan semoga saya terus istiqamah berkongsi dengan anda. Untuk cadangan nutrisi ketika hamil, ini dia , set hamil PRO.

Pengedar Sah Shaklee
Pn Nur Bahijah Marzuki
014-8281356 (SMS, whatsapp, call)
SID: 1034684

Kejang Kaki Ketika Kehamilan Kejang Kaki Ketika Kehamilan Reviewed by bahijah on 1:19 AM Rating: 5

No comments:

Social

Powered by Blogger.