Gallery

Cerita semalam..Seminar Al-Waqiah

Alhamdulillah semalam  27 Mei 2014, berlangsung dengan jayanya Seminar Al-Waqiah di Seremban.

Seminar anjuran Muamalah Events ME dengan kerjasama beberape  agensi.

Ni sebenarnya task untuk adik-adik yang berpraktikal di ME.

Pada permulaan banyak ujiannya,  diuji masalah tempat, diuji dengan penceramah…target mula-mula 300 penyertaan dah ok.

Diuji dengan penceramah, I‘m just say..tak pe tak pe Allah uji ini Allah nak bagi 400 penyertaan. In sha Allah..Yakin betul-betul.

Disebut hari-hari..In sha Allah dewan penuh dengan peserta. Time ni praktik LUA. Ini la doa sebenarnya.

Pejam mata..bayangkan dewan penuh dengan peserta.

Alhamdulilah..hari kejadian FULL HOUSE….

Allah bagi lebih dari 400..Peserta Seminar Al-Waqiah 506 orang.

Majlis ilmu yang dianjurkan moga  dapat manfaat untuk ramai orang..Moga usaha ini terus dipanjang-panjangkan untuk akan datang.

Seperti Dr Zulkifli kata “majlis –majlis ilmu macam ni mesti digalakkan dan diteruskan ”

Kerana apa?? Kerana misi dakwah tiada noktahnya melainkan MATI

Bila ditanya apa kerja saya..ni la kerja saya….lebih kurang menguruskan 2 kerja…1 bisness consultant event management yang base utama education (partnership)… 2 mestila bisness Shaklee…suka sangat..banyak ilmu yang saya belajar dalam group Shaklee secara dapat saya praktikkan untuk ME.

Quote dari content ceramah Dr Zulkifli “beza orang dulu & sekarang, orang dulu dapat ilmu terus beramal, orang sekarang dapat ilmu juga tapi tak beramal”

Semoga kita semua tergolong dalam kelompok yang rajin cari ilmu & beramal.






 Ni antara AJK penggerak seminar
Cerita semalam..Seminar Al-Waqiah Cerita semalam..Seminar Al-Waqiah Reviewed by bahijah on 12:48 PM Rating: 5

No comments:

Social

Powered by Blogger.