Gallery

OSTEOPOROSIS MENYERANG DALAM SENYAP???

Assalamualaikum…Ya Allah, Kau kurniakanlah nikmat sihat kepada pembaca blog bahijahsihat. Amin

Hari ni separuh hari ber STREET DAKWAH di Terminal One Seremban, sempena Ekspo Buku Islam Negeri Sembilan. Bila dah lama berdiri rasa lenguh kaki & belakang. Balik ni kena ambil Ostematrix sebelum tidur.

Hari ni saya browse info pasal OSTEOPOROSIS. Rupa-rupanya osteoporosis ni  penyakit yang  menyerang dalam senyap. Osteoporosis bukan penyakit untuk golongan tua-tua je tau, golongan muda tidak terlepas ye.

Ni kajian oleh UPM dan University Of Otago, New Zealand, mendapati wanita di Malaysia mengambil kurang 50 % daripada amaun diet kalsium yang diperlukan. Boleh rujuk artikel bertajuk “osteoporosis menyerang dalam senyap” utusan online.

Ketumpatan tulang akan menyusut apabila usia mencecah 30 an. Jangan pelik kalau andai  jatuh lantai punggung terhempap biasa je, boleh melumpuhkan pesakit hingga sepanjang hayat.

Bila saya baca bab tulang ni bimbang juga rasa . Saya ni spesis lonjong kurus  lagi la kena berjaga-jaga . Dahla ada sejarah  jatuh & sakit belakang . Baca pula info bawah ni, berdouble triple kena berjaga-jaga.



Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.
Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
  
Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput. Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan.



Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.



Huhuhu..menakutkannya  bila baca artikel ni. Umur saya dah semakin meningkat, spesis kurus + tinggi plak tu ….rasa macam nak telan sebotol Ostemtrix… Prevention is better then cure, better late then never. Bila pernah jatuh  & pernah ulang alik pergi fisioterapi, cukup la tak nak pergi dah. Apa yang saya kongsi ilmu atas ni adalah salah satu cara untuk mengekalkan tulang yang sihat dengan cara pengambilan nutrien  yang  seimbang, salah satunya pengambilan kalsium dari susu. Selain tu saya ambil Ostemtarix & Omega Guard juga.


Anda sedang mencari suplemen yang sesuai untuk keluarga anda??
Nak buat side-income hanya di rumah??
Hubungi saya:


FB: Nur Bahijah Marzuki
ID: 1034684
014-8281356 (call @ PM@WhatsApp)



OSTEOPOROSIS MENYERANG DALAM SENYAP??? OSTEOPOROSIS MENYERANG DALAM SENYAP??? Reviewed by bahijah on 7:16 PM Rating: 5

No comments:

Social

Powered by Blogger.