Gallery

Coretan untuk yang bakal habis PRAKTIKAL

Hari ni tiba-tiba kena ganti ofismate untuk pertemuan antara supervisor university Dr Zaki dan supervisor tempat praktikal .

Berdebar la juga,cuak pun ada... dah lama katakan tak jumpa lecturer time university.

Dalam kepala berfikir entah apa la soalan yang bakal di tanya dari Supervisor Unversiti adik-adik praktikal ni

“Bahij , keep smile keep cool. Awak buat kerja dengan amanah, tidak ada unsur buli-membuli budak praktikal, nak takut apa”

Bila dah mula meeting, susah pula nak berhenti.

Pertemuan yang sangat menarik , banyak idea-idea baru yang dicadangkan oleh Dr Zaki. Makin bercambah-cambah idea untuk gerak kerja dakwah Muamalah Events. Alhamdulillah...terima kasih ya Allah.

Masyarakat perlu dipandu dengan ilmu dan kefahaman yang sebenar agar akal dan jiwa masyarakat dapat mendalami hakikat keindahan Islam yang menyeluruh.

Misi kami untuk mengembangkan usaha bagi memastikan keindahan Islam dapat dikecapi oleh setiap lapisan  masyarakat.

Dulu pernah disentap oleh seorang Murabbi "kalau 3 tahun ambil Diploma Syariah, 4 tahun sambung Degree Fiqh Fatwa , tapi habis belajar ilmu bertakung pada diri-sendiri je. Baik tak payah sambung belajar"....sentap dengar

Nasihat Dr Zaki  untuk student praktikal, quote  yang saya paling suka
 “Amirah, terus topup skill pengurusan, komunikasi , continuously tambah knowledge. Persiapkan diri , bila peluang datang kita dah full prepared, satu bonus untuk diri kita berbanding orang lain dalam pasaran kerja”

Adik-adik yang bakal habis berpraktikal, jangan pernah berhenti belajar , kena ada target jelas "siapa aku 5 tahun akan datang?". 

Impian yang tidak ditulis hanya ditinggal sebagai angan-angan

Impian yang DITULIS barulah menjadi CITA-CITA yang bakal dicapai

Impian jangan simpan dalam kepala, kena  TULIS

Jangan pernah takut untuk berimpian BESAR, senaraikan dan TULIS  impian kita. 

Menulislah kerana impaknya cukup besar.

Kenapa ragu-ragu nak tulis impian sendiri, kita kan ada Allah yang Maha Memberi.

Kejayaan , kekayaan , rezeki tu kerja Allah....kerja kita MANUSIA  berusaha dan terus berusaha 

Alhamdulillah..terima kasih ya Allah. Saya memang suka kerja di Muamalah Events.Pilihan untuk terus kerja di Muamalah Events selepas habis praktikal, hasil dari istikharah tidak pernah rugi

Betul  &  tepat sekali…tidak rugi orang beristikharah. Allah guide.

Misi seterusnya…In sha Allah Muamalah Events bakal dikenali di luar Negara

Ada siapa-siapa yang berminat untuk sama-sama menyumbang dalam gerak kerja dakwah Muamalah Events??Boleh contact saya

Yang berminat nak berpraktikal di Muamalah Events pun dipersilakan, tapi akan datang nak buat interview la plak…hihi





Coretan untuk yang bakal habis PRAKTIKAL Coretan untuk yang bakal habis PRAKTIKAL Reviewed by bahijah on 3:36 AM Rating: 5

1 comment:

  1. syukran kak..=) insyaAllah ami dah ad plan untuk 5 tahun akan datang..

    ReplyDelete

Social

Powered by Blogger.