Gallery

Semua Tahu Lemak Trans Bahaya, Tapi…

Hari ini kita nak kongsi skit ilmu Sains Makanan. Semua orang tahu Lemak Trans (Trans Fat) itu bahaya, tapi ramai juga yang masih tidak tahu apa itu Lemak Trans.

Susah juga nak terangkan dalam bentuk yang mudah faham. Sebab bila sebut lemak semua fikir. Bahaya, Gemuk dan macam-macam lagi. Tapi ada juga lemak yang bagus untuk kesihatan.

Trans Fat


Apa Itu Lemak Trans

Lemak terbahagi kepada 2 jenis. Iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu (Unsaturated Fat) samada dalam bentuk Cis Fat atau Trans Fat iaitu bergantung kepada susunan molekulnya. 

Lemak Trans ada yang berlaku secara semulajadi dan ada yang buatan (aritificial). Biasanya dilakukan dalam industry melalui proses Hydrogenation (penambahan hydrogen). Kompleks sungguh nak cerita.

Dah Tahu Bahaya, Kenapa Masih Guna?

Bagi sesetengah Negara, ada yang dah haramkan (Denmark, Swiss, Kanada dll) penggunaan Lemak Trans dalam makanan. Lemak Trans ini mudah digunakan dan murah untuk dihasilkan. Malah tempoh penggunaan adalah panjang. 

Makanan yang dihasilkan melalui penggunaan lemak trans mendapat tarikan pada rasa dan tekstur makanan. Penggunaan minyak dari Lemak Trans boleh berulang kali digunakan. Sebab itu jadi jimat.

Bahaya tuuuu

Lemak Trans ni akan meningkatkan ‘Kolesterol Jahat’ (LDL) dan mengurangkan ‘Kolesterol Baik’ (HDL). Makan Lemak Trans juga meningkatkan potensi untuk penyakit hati dan strok. Ia juga berkaitan dengan pengembangan Diabetes Type 2

Makanan Apa yang Biasa Ada?

Makanan bergoreng seperti Donut. Kek, Pai, Biskut, Pizza frozen dan lain-lain. Nak tahu makanan itu adalah Lemak Trans atau tidak boleh rujuk Nutrition Fact (label nutrisi) di bahagian belakang pembungkusan makanan. Tapi jangan TERTIPU ye. Walaupun kat situ tulis “0 gram Lemak Trans” tapi sebenarnya ia merujuk kepada kurang daripada 0.5 gram Lemak Trans. Bukan tiada langsung

Kandungan Lemak Trans

Nak tahu lebih lanjut, kena rajin buka kitab dan google2 ye. Susah juga nak faham sebab agak kompleks. Apa-apa pun info yang sedikit ini paling kurang dapat tambah ilmu korang.

Nak jaga makan, kena pandai tahu pengambilan nutrien yang betul 

=======================
Saya Pn Nur Bahijah Marzuki. 
Pengedar Sah Shaklee 
(Shaklee Independent Distributor) 
Shaklee ID : 1034684. 

Saya sedia membantu anda, boleh hubungi saya di talian: 
014-8281356 (sms/ whatsapp)

Shaklee



Semua Tahu Lemak Trans Bahaya, Tapi… Semua Tahu Lemak Trans Bahaya, Tapi… Reviewed by bahijah on 12:05 AM Rating: 5

No comments:

Social

Powered by Blogger.