Raya kali ni memang sungguh-sungguh maklumlah tahun lepas beraya sambil berpantang di rumah sendiri. Memang macam tak beraya sangat pun. Makanan di rumah ala kadar sahaja sebab makanan orang berpantang.
Menu raya rendang , ketupat , sate , nasi impit kuah kacang memang tapao makan betul-betul raya kali ini. Tapi tula dalam seronok beraya kena jaga kesihatan juga. Raya kali ni balik beraya di Terengganu dahulu baru balik Kelantan. Kesihatan badan kena jaga sebab nak handle anak-anak dalam permusafiran yang panjang dan jem.
Jem dan raya ni memang tak dapat dipisahkan dengan Terengganu dan Kelantan. Dengan cuaca panas , musim orang batuk demam lagi. Nak tak nak memang kita yang kena jaga diri kita dan family. Sangat penting untuk kita kuatkan sistem imun badan kita dan family untuk mengelakkan jangkitan kuman semasa berjumpa ramai orang.
Selain itu , bila raya ni bab juadah memang beraneka la kan. Takut tuan rumah terasa andai tak jamah rasa juadah yang disediakan. Yang berminyak yang berlemak yang banyak gula yang banyak garam semua kita santap habis-habisan.
Berpada-pada dalam menjamah juadah raya tu. Perut kita sebulan relax santai bekerja. Masuk Syawal kesian dekat perut terkejut dengan jumlah makanan yang masuk. Kena berpada-pada dan jaga portion.
Ini sangat penting supaya tekana darah kita , bacaan gula kita cantik dan kekal normal.
Sambil-sambil tu kita pun nak berat badan kita normal dan tidak naik mendadak disebabkan makan time raya.
Untuk raya kali ni, Ija memang Ija hadir semua jemputan Hari Raya open house. Rasa semua juadah makan juga dalam masa sama suplemen pun tak tinggal.
No comments:
Post a Comment